PENTADBIRAN
Dalam bab pengurusan pentadbiran, kita bukan saja mesti tahu kendalikan jenis perniagaan yang kita daftarkan, malah kita wajib ada staff untuk uruskan pelbagai dokumen utama yang terlibat seperti:
- Dokumen perjanjian.
- Dokumen perniagaan & syarikat
- Jadual tahunan
- Mesyuarat
- Laporan
- Surat menyurat urusan rasmi
Admin perlu peka dengan sebarang penyusunan jadual dan takwim, sering buka emel untuk sebarang notification, belajar terima arahan daripada pihak organisasi tertinggi dan tahu bagaimana nak sampaikan mesej kerana admin merupakan pengantara maklumat antara pihak atasan dan pekerja bawahan. Paling utama kerja hakiki admin bukanlah semata menyusun fail dan fotokopi kertas. Ia jauh menjangkau daripada apa yang anda sedang fikirkan.