SUMBER MANUSIA
Bahagian sumber manusia atau Human Resource merupakan bahagian yang bertanggungjawab dengan segala polisi dan proses yang melibatkan pengambilan tenaga kerja baru dalam organisasi termasuk buang pekerja lama.
Department HR adalah yang paling penting kerana mereka yang uruskan pelbagai kerenah staf dalam syarikat.
Tugas mereka adalah bangunkan tim dalam syarikat. Syarikat bakal berkembang apabila tim di dalamnya berkembang. Kerana itu kita sebagai majikan perlu menghargai kerana mereka inilah yang menjadi aset berharga dalam syarikat.
Antara tugas paling penting seorang HR adalah membawa masuk talent yang berkualiti ke dalam syarikat.