SOP Interview Pekerja Part 1

Avatar Admin | August 14, 2018 3325 Views 7 Likes 3.52 On 31 Ratings

7 Rate it


Interview merupakan fasa tapisan paling penting bagi majikan sebelum membuat keputusan mengambil pekerja. Dalam fasa ini, penelitian harus diambil bagi memastikan majikan mengambil orang yang betul bagi posisi yang betul.

Antara perkara yang perlu dititik beratkan ketika interview adalah:

1. Borang maklumat diri
2. Soalan interview
3. Live test
4. Ujian personaliti
5. Call To Action (CTA)

Menjadi satu kewajipan bagi setiap majikan untuk menjalankan sesi temuduga bagi setiap calon sebelum mengambil mereka bekerja dalam syarikat. Ada sesetengah majikan mementingkan penampilan yang kemas. Ada juga sesetengah majikan yang lebih menekankan skill seperti komunikasi, kreativiti, decision making, problem solving dan lain-lain sewaktu temudga. Terpulang kepada nature bisnes masing-masing dan kriteria apa yang anda perlukan. “Ketika ingin cari pekerja kita cari skill, ketika ingin pilih pekerja kita pilih attitude”.

Pekerja merupakan aset syarikat. Mengambil pekerja juga merupakan satu perlaburan. Pekerja yang betul pasti akan membawa pulangan kepada syarikat. Kita tidak mahu anda salah ambil pekerja kerana pengambilan seorang pekerja menelan kos yang tinggi bermula dari fasa pengiklanan hinggalah ke fasa pengambilan. Oleh sebab itu, kami sangat galakkan anda untuk menyaring dahulu calon melalui kaedah temuduga dan memilih mengikut krieteria yang bersesuaian dengan nature syarikat anda. Video yang anda tonton ini menceritakan secara khusus Standard Operating Procedure (SOP) bagi sesi temuduga.

Melalui SOP ini anda boleh menyaring pekerja atau calon dengan lebih mudah dan tepat. SOP ini juga sesuai diaplikasi oleh pelbagai jenis industri terutamanya industri kecil sederhana yang mempunyai staff kurang daripada 50 orang. SOP ini boleh diaplikasi dan boleh diubah suai mengikut kesesuaian budaya syarikat. Kami berharap, dengan input yang anda peroleh melalui video ini mampu memberikan idea yang lebih besar dalam menyeleasaikan masalah anda terutama berkaitan pengambilan pekerja.

7 Rate it

Comments

This post currently has one response.

Comments are closed.

  • © Byond Tech Sdn Bhd. Copyright 2018-2020. MADE WITH <i class="dripicons-heart" style="color:#ff0000"></i>