Teknik Merangka Pelan Bisnes

Avatar Admin | January 18, 2019 1049 Views 1 Like 5 On 3 Ratings

1 Rate it


“Most people don’t plan to fail, they fail to plan” – John L. Beckley

Sebagai seorang pendiri bisnes, perancangan dan strategi yang teliti amat penting dalam memastikan kelestarian syarikat dan perniagaan agar kekal releven. Perancangan haruslah dilakukan seawal 6 hingga10 bulan sebelum pelaksanaan dibuat.

Dalam sebuah perancangan haruslah mempunyai angka, jangka masa, orang atau kumpulan yang bertanggungjawab, sasaran serta aktiviti. Ketika perancangan dibuat, sebaiknya anda menyediakan butiran- butiran data tahun-tahun sebelum ini. Data-data ini penting sebagai rujukan supaya anda dapat membuat sasaran yang lebih releven dalam setiap perancangan.

Mengikut amalan korporat, pelan bisnes harus dibuat secara berperingkat dan berfasa.

Fasa pertama merupakan fasa permulaan. Di fasa ini, segala pelan dan sasaran bisnes dilakukan bagi 3 tahun pertama sahaja.

Fasa kedua dipanggil fasa pertengahan yang mana dalam fasa ini segala pelan dan sasaran bisnes dilakukan bagi 3 tahun berikutnya.

Fasa yang terakhir pula adalah fasa perkembangan yang mana fasa ini syarikat sudah boleh mula merangka perjalanan syarikat bagi tempoh 4 tahun akan datang.

Dalam video kali ini, kami kongsikan secara ringkas bagaimana pelan strategik dalam bisnes dibuat. Pelan strategik penting kerana pelan ini yang akan memacu syarikat dan menentukan ke mana hala tuju syarikat .

Semoga video kali ini serba sedikit dapat membantu anda dalam merangka pelan bisnes pada masa akan datang. Selamat menonton.

1 Rate it

Comments

This post currently has one response.

Comments are closed.

  • © Byond Tech Sdn Bhd. Copyright 2018-2020. MADE WITH