Kepentingan Department Finance

Avatar Admin | September 13, 2018 2997 Views 1 Like 4.33 On 6 Ratings

1 Rate it


Faktor kewangan yang tersusun dan teratur merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah syarikat. Pergerakan duit keluar dan masuk berada sepenuhnya dibawah kawalan bahagian finance. Bahagian Finance juga yang akan memantau sejauh mana duit yang dibelanjakan membawa pulangan balik yang berbaloi dan menguntungkan kepada syarikat.

Ramai pemilik bisnes tidak ada masalah dalam membuat jualan ribuan dan jutaan ringgit namun malangnya tidak ramai yang mampu menguruskan nilai jutaan ringgit itu dengan baik. Kesannya, syarikat akan tenggelam dan tidak mampu bertahan lama di dalam industri hanya kerana gagal menguruskan wang.

Ada dalam kalangan pemilik bisnes yang kerap berbelanja sesuka hati tanpa kawalan dan ini adalah ‘penyakit’ yang sangat berbahaya. Apabila tiada rekod perbelanjaan yang telus, penyata kewangan dan laporan audit juga akan terkesan dan ini akan menyebabkan banyak ‘lembaga-lembaga’ kerajaan yang berminat untuk 'menziarah' syarikat anda kelak.

Oleh kerana itu, kami mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada semua pemilik bisnes diluar sana betapa pentingnya dokumentasi dalam pengurusan syarikat kerana ramai yang tidak sedar bahawa sebenarnya mereka sedang merompak syarikat mereka sendiri.

Finance juga yang bertangungjawab dalam membuat ujuran perbelanjaan supaya semua nilai wang yang dilaburkan akan membuahkan hasil. Ada juga dalam kalangan pemilik bisnes yang tidak membuat perancangan rapi ketika ingin berbelanja dan kesannya duit dilabur tanpa ada ukuran dan ini akan menyebabkan ramai pemilik bisnes terpaksa menanggung kerugian.

Perancangan di buat berdasarkan nombor dan data. Perancangan dilakukan dengan teliti dengan mengambil kira segala risiko yang bakal dihadapi. Dengan cara ini syarikat mampu mengawal risiko dalam menjalankan operasi syarikat terutamanya apabila melibatkan perbelanjaan wang yang besar.

Kami berharap agar video ini serba sedikit mampu membuka mata dan minda anda dalam memahami kepentingan bahagian Finance di dalam syarikat. Kami cuba membawa satu dimensi dengan sudut pandang yang berbeza mengenai kepentingan finance. Selamat menonton!

1 Rate it
  • © Byond Tech Sdn Bhd. Copyright 2018-2020. MADE WITH <i class="dripicons-heart" style="color:#ff0000"></i>