Content Viral
Bagi kebanyakkan pemain content, viral adalah perkara yang ditunggu-tunggu. Lebih luas sesuatu content itu tular, maka lebih tinggi peluang untuk menukar prospek menjadi pelanggan. Ini adalah percaturan dunia content. Ada yang beranggapan bahawa viral ini ikut nasib. Ada yang kata mustahil untuk viral berkali-kali. Tapi bagi pemain content yang bijak, mereka dapat hasilkan content viral hanya dengan sekelip mata sahaja.