Pengenalan 6 Roda Pengurusan Part I

Avatar Admin | July 26, 2018 9315 Views 21 Likes 4.04 On 46 Ratings

21 Rate it


Konsep enam roda pengurusan ini saya hasilkan melalui pengalaman bisnes saya sendiri. Di mana waktu saya jatuh dulu baru saya tahu, kepimpinan saya dalam uruskan bisnes saya masih tidak kukuh.

Enam produk pengurusan ini, bukanlah perkara yang baru. Tetapi enam roda pengurusan ini adalah ilmu yang saya baru sedar, ia amat penting untuk diaplikasikan dalam sesebuah syarikat yang ingin berkembang.

Enam Roda Pengurusan ini ditulis khas untuk anda yang ingin automate dan growth syarikat anda. Modul ini mampu membantu anda menstruktur syarikat dengan lebih bersistem.

Dalam 6 Roda Pengurusan Bisnes di Byond Success, bahagian di sebelah kanan seperti Pemasaran (Marketing), Jualan (Sales) dan Operasi (Operation) digelar sebagai dunia buat duit dalam bisnes. Manakala bahagian disebelah kiri seperti Pentadbiran (Admin), Sumber Manusia (HR) dan Kewangan (Finance) digelar dunia urus duit.

Secara asasnya, orang-orang dalam dunia kiri berfikir secara logik, analisis, data dan nombor. Mereka adalah individu yang menyediakan perancangan dan strategi untuk melestarikan kestabilan syarikat. Tugas mereka lebih kepada persediaan untuk kurangkan risiko yang besar apabila sesuatu perkara buruk berlaku dalam syarikat.

Individu yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes. Segala aturan bagi mendapatkan sumber pendapatan akan dilaksanakan oleh bahagian kanan ini. Mereka merupakan front end syarikat yang akan bertungkus lumus memastikan segala perjalanan operasi syarikat berjalan lancar dan berhasil.

Ramai pemilik bisnes handal dalam ilmu buat duit (dunia kanan). Malangnya ramai juga pemilik bisnes yang gagal bertahan lama dalam industri hanya kerana tiada ilmu urus duit (dunia kiri).

Bagaimana mahu mengurus dan mengembangkan bisnes sedangkan ramai pemilik bisnes itu sendiri tidak menitik beratkan pembangunan dunia sebelah kiri.

Teruskan bersama kami dalam siri video akan datang.

21 Rate it
  • © Byond Tech Sdn Bhd. Copyright 2018-2020. MADE WITH <i class="dripicons-heart" style="color:#ff0000"></i>