Struktur E-Commerce : Pengenalan

Avatar Admin | August 12, 2020 532 Views 0 Likes 4 On 3 Ratings

532 Views 4 On 3 Ratings Rate it

E-commerce ataupun website selalunya mempunyai struktur yang tersendiri. Struktur ini penting untuk memastikan website kita berada ditahap yang paling optimum. Semakin baik kondisi website semakin besar peluang untuk kita tingkatkan conversion melalui website.

Dalam pembangunan platform e-commerce, ada beberapa struktur yang kita perlu tahu. Struktur ini kerapkali di guna pakai oleh pemain-pemain industri terutama yang sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan online.

Ada empat struktur yang akan dikupas melalui beberapa siri video dalam Byond Go. Kesemua struktur ini berkait rapat antara satu sama lain. Empat struktur tersebut adalah;

1. Tajuk
2. Kelebihan
3. Offer (Tawaran)
4. CTA (Call to action)

Struktur laman web merujuk kepada cara kita mengatur kandungan laman web. Struktur laman web akan bermain dengan beberapa elemen merangkumi bagaimana kandungan ini dikumpulkan, dihubungkan dan disampaikan kepada pengunjung.

Sekiranya anda menyusun laman web anda dengan baik, kita akan mendapat manfaat daripadanya. Cara laman web kita disusun akan memberi impak terhadap carian Google. Kedudukan webiste kita dalam laman carian Google dipengaruhi oleh struktur website. Struktur laman web kita menentukan sama ada bakal pelanggan dapat memahami dengan baik atau tidak berkenaan produk atau servis yang anda tawarkan.

Dalam video kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tips-tips untuk membina platform e-commerce. Kami bawakan Tuan Naim Kamaruddin, Vice President Byond Trading Sdn. Bhd. untuk berkongsi serba sedikit teknik, strategi dan tip berniaga menggunakan platform e-dagang. Semoga video kali ini dapat memberi 1001 manfaat buat semua subcriber ByondGO. Selamat menimba ilmu.


532 Views 4 On 3 Ratings Rate it

  • © Byond Tech Sdn Bhd. Copyright 2018-2020. MADE WITH <i class="dripicons-heart" style="color:#ff0000"></i>